https://s.shopee.com.my/2fxDboJrxw Ramai Terkejut Lihat Penampilan Terkini Enot Pelakon dan pelawak terkenal, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan tubuh yang lebih langsing. Dia mendedahkan bahawa perubahan fizikalnya bukanlah hasil pembedahan, tetapi disebabkan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat. Menurut Enot, dia berjaya menurunkan berat badan secara semula jadi dengan tidak mengambil nasi selama setahun, mengelakkan gula serta bersenam. Elak pembedahan, fokus kaedah semula jadi Sebagai bekas pesakit kanser usus, Enot menegaskan bahawa dia tidak boleh menjalani sebarang prosedur yang melibatkan bahagian perut kerana ia berisiko tinggi terhadap kesihatannya. "Gula pun saya tak ambil. Saya ambil gula titik (pemanis tanpa kalori). Kalau minum kopi saya buat tanpa gula, kopi pahit atau kopi O. Nasi pun saya tak ambil dan ikutkan betul-betul tak makan nasi adalah setahun. "Saya bekas pesakit kanser usus. Usus saya tak boleh ...